'Van putih tular milik polis, bukan penculik'

Antara gambar van putih yang tular kerana didakwa digunakan penjenayah untuk menculik kanak-kanak di sebuah kawasan perumahan di Dong yang tular melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp. - Foto ihsan polis.
Antara gambar van putih yang tular kerana didakwa digunakan penjenayah untuk menculik kanak-kanak di sebuah kawasan perumahan di Dong yang tular melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp. - Foto ihsan polis.
A
A
A

RAUB - Polis menafikan telah menahan van putih yang didakwa digunakan penjenayah untuk kegiatan menculik kanak-kanak di sebuah perumahan di sini seperti yang tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak Isnin.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, gambar van putih yang berada di pekarangan Balai Polis Dong yang tular itu sebenarnya kenderaan milik Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Raub.

Menurutnya, van tersebut digunakan pegawai dan anggota yang menjalankan tugas Ops Tapis di hadapan balai polis itu.

"Siasatan turut mendapati tiada jenayah culik kanak-kanak berlaku dalam kawasan pentadbiran Balai Polis Dong seperti didakwa.

"Beberapa keping gambar van putih yang dirakam berlegar-legar di kawasan Perumahan Murah Dong yang ditularkan sebelum itu juga bukan digunakan penjenayah untuk menculik kanak-kanak.

"Hasil siasatan nombor pendaftaran van jenis Era Komuter itu mendapati ia didaftarkan atas nama sebuah syarikat beralamat di Taman Kemajuan, Simpang Kallang di sini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Shahril berkata, berdasarkan siasatan, van dipandu seorang lelaki itu sebenarnya datang ke kawasan perumahan tersebut kira-kira jam 8.30 pagi pada Sabtu lalu untuk mengambil peserta rombongan ke Kuala Lumpur dan bukan penculik.

"Orang ramai dinasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan suasana panik dan kebimbangan orang ramai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!