Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

‘Lalok’ air ganja di Golok

27 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 27 SEPTEMBER 2022

Langkah kerajaan Thailand membenarkan penggunaan ganja atau kanabis menyebabkan ramai rakyat di kawasan sempadan khususnya di negeri Kelantan mengambil kesempatan untuk menikmati minuman tersebut setiap kali tibanya hujung minggu, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Perkara itu didedahkan pekerja kedai serbaneka ketika tinjauan Sinar Harian di Pekan Golok, selatan Thailand.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya akan melakukan ujian saringan air kencing secara rambang di kawasan pintu masuk ke negeri itu dalam usaha membendung kegiatan tersebut.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang negara ini dengan memperketatkan kawalan melalui tiga lapisan iaitu sempadan negara, sekatan jalan raya dan sempadan negeri.

*Produk ini tidak sah di Malaysia & menyalahi undang-undang*

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa