[VIDEO] Hari kedua perbicaraan Ebit Lew bersambung

Ebit Lew ketika tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada Rabu.
Ebit Lew ketika tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada Rabu.
A
A
A

TENOM - Hari kedua perbicaraan pendakwah terkenal Ebit Lew yang berlangsung di Mahkamah Majistret, di sini, dijangka bermula pada jam 10.30 pagi Rabu.

Ebit, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim tiba di pekarangan mahkamah pada jam 10.15 pagi dengan berbaju merah merun serta berseluar hitam.

Perbicaraan bersambung selepas ditangguhkan pada jam 4.30 petang Selasa dengan menampilkan saksi pendakwaan yang pertama iaitu seorang konsultan atau penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu, 37.

Perbicaraan yang berlangsung selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, Nur Masrin Amalia manakala Ebit diwakili barisan peguamnya yang terdiri daripada Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!