Arif akan jadi abang: Tya Arifin

Tya bersama anak dan suaminya.
Tya bersama anak dan suaminya.
A
A
A

PELAKON cantik dari Indonesia, yang juga juri Maharaja Lawak Mega 2018, Tya Arifin mengumumkan berita gembira mengenai kehamilannya menerusi media sosial, Instagram beberapa jam yang lalu.

Menurut isteri kepada Asyraf Khalid ini, usia kandungannya kini sudah pun mencecah 17 minggu atau pun bersamaan dengan empat bulan.

"Alhamdulillah, inilah saatnya berbagi khabar bahagia kepada semua.

"Alhamdulillah, Arif akan menjadi abang, Insya-ALLAH. Mohon doanya kepada semua, semoga baby sihat wal’afiat.

"Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini, Alhamdulillah. Tya doakan semoga yang berhajat sama, diberi rezeki juga oleh ALLAH SWT," tulisnya.

Artikel Berkaitan:


Tidak hanya berkongsi gambar, Tya, 24, turut berkongsi video momen pertama kali ketika dia mengetahui dirinya hamil dan memaklumkan khabar gembira itu kepada suaminya.

Malah jelas di dalam video tersebut, Asyraf berharap mendapat cahaya mata perempuan pula.

Tya dan Asyraf, 26, telah bernikah pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa.