Tok Mat sindir kerajaan PH

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

SEREMBAN - Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menyindir kerajaan PH yang tiada hala tuju sebaliknya sering menyalahkan kerajaan terdahulu.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, daripada menyalahkan kerajaan lalu lebih baik kerajaan PH mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Asyik-asyik cakap BN punya salah, 1MDB, hutang banyak. Sudah menang, buatlah kerja, takkan tak nak buat kerja kerana semua salah BN.

"Kau dah kahwin dengan janda, anaknya peliharalah sekali. Takkan syok dengan emaknya, anak kau nak kena buang, mana boleh macam itu. Anaknya jagalah sama," katanya ketika berucap di program Pentas Pemuda di Felda Sendayan di sini, malam tadi.

Mohamad turut berkata, jika kerajaan tidak mampu membayar hutang negara maka kerajaan perlu dikembalikan kepada BN.

"Dah menang kerajaan, hutang selesaikanlah. Apa pula kata ini hutang BN.

"Kalau tak mahu bayar hutang, bagi kita (BN) kerajaan balik, kita bayar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!