LBS lancar projek KITA Sejati di Cybersouth
KUALA LUMPUR - LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan projek bangunan tinggi ketiga, KITA Sejati dengan nilai anggaran RM384 juta di Cybersouth, Dengkil.
Projek pangsapuri servis 24 tingkat yang memiliki 1,054 unit rumah di atas tanah seluas 6.8 ekar itu menawarkan harga mampu milik dengan kediaman yang berkualiti, sempurna dan bersesuaian dengan kawasan persekitarannya.
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata, LBS telah membina asas yang kukuh bagi mewujudkan rumah dengan suasana yang harmoni bagi sebuah keluarga.
“Tiga tonggak utama yang LBS patuhi semasa membina projek ini, ialah kebolehcapaian, ketersambungan dan kehidupan bermasyarakat.
“KITA Sejati terdiri daripada dua variasi dalam susun atur dan saiz iaitu Jenis A, (602 kaki persegi) dengan harga yang ditawarkan bermula daripada RM270,000 dan Jenis B (850 kaki persegi) dengan harga bermula daripada RM389,900 di mana ianya amat sesuai untuk pembeli rumah kali pertama dan pasangan muda yang baru membina keluarga,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, projek KITA Sejati ini dapat memenuhi keperluan keluarga berskala kecil ataupun pasangan yang baru mendirikan rumahtangga ditambah dengan reka bentuknya yang praktikal sebagai rumah pertama yang sempurna.
“Dengan memfokuskan konsep kesejahteraan masyarakat, dipadankan dengan infrastruktur perbandaran yang lengkap dan komprehensif, KITA Sejati komited untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang harmoni dan tenang.
“Pembeli rumah KITA Sejati juga boleh menikmati insentif tambahan, seperti yuran tempahan yang rendah sebanyak RM200, pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi, yuran keluar sifar dan pakej perabot yang tertakluk kepada terma dan syarat,”katanya.
Hock San berkata, bakal pembeli rumah juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah melalui kempen LBS Fabulous Extra 2022-2023 apabila mereka membeli rumah dan hartanah LBS bermula dari sekarang sehingga akhir tahun 2023, di mana antara hadiah menarik yang ditawarkan berupa 22 buah unit Perodua Axia.
Pembangunan baharu ini terletak berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya. KITA Sejati juga dikelilingi oleh hab pendidikan yang terkenal seperti Universiti Xiamen, UiTM Dengkil dan Universiti Heriot Watt serta akses mudah ke beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya, Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara Selatan (NSE) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Ia turut menitikberatkan ciri-ciri keselamatan di mana pembangunan ini dilengkapi dengan pagar dan kawalan CCTV di pondok pengawal.
Elemen-elemen kemasyarakatan dan kekeluargaan turut disuntik di dalam rekaan KITA Sejati dengan pelbagai kemudahan berorientasikan keluarga seperti dewan serbaguna, gelanggang takraw, kawasan barbeku, kolam renang, gimnasium, gelanggang futsal dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai KITA Sejati, anda boleh lawati galeri jualan KITA @ Cybersouth, dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada setiap hari.
Pembeli rumah yang berminat juga boleh melayari https://virtualfair.lbs.com.my/township/cybersouth/kita-sejati-serviced-apartment/ atau hubungi talian 1700 81 8998 untuk sebarang pertanyaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!