Operasi LRT Bukit Jalil dilanjut ke 1 pagi pada 1 Oktober
KUALA LUMPUR - Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatannya sehingga jam 1 pagi pada 1 Oktober ini di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil bagi menyokong keperluan pengguna menghadiri beberapa acara di sekitar Kompleks Sukan Negara di sini.
Dalam kenyataan pada Rabu, Rapid KL memaklumkan stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.
"Pengguna diminta menggunakan kad Touch N’ Go untuk kelancaran perjalanan,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengikuti laman sosial Twitter dan Facebook MyRapidKL untuk maklumat lanjut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!