Tidak wajib pakai pelitup muka dalam kapal terbang

Pemakaian pelitup muka ketika menaiki kapal terbang tidak lagi diwajibkan. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
Pemakaian pelitup muka ketika menaiki kapal terbang tidak lagi diwajibkan. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pemakaian pelitup muka ketika menaiki kapal terbang tidak lagi diwajibkan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, protokol baharu itu berkuat kuasa serta-merta mulai Selasa.

"Langkah itu dibuat berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan terkini," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema, warga emas dan pesakit kronik, ibu mengandung serta kanak-kanak.

"Keputusan dibuat ini adalah menggunakan pendekataan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang serta beban kes Covid-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini," katanya.

Khairy berkata, pengudaraan di dalam kabin didapati berada dalam keadaan baik selain kapal terbang kini menggunakan penapis high-efficiency particulate absorbing (HEPA) untuk mengeluarkan bahan cemar bawaan udara.

"Kelonggaran ini juga adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara-negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura," katanya.

Tambah beliau, keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang masih tertakluk kepada syarat ditetapkan oleh negara yang dikunjungi pengembara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!