Dakwaan cubaan culik di Mentakab hanya salah faham

Mohd Azhar
Mohd Azhar
A
A
A

TEMERLOH - Polis menafikan berlaku cubaan culik di kawasan Mentakab di sini seperti yang ditularkan pemilik sebuah akaun Facebook pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, siasatan telah dilakukan dan mendapati kejadian itu tidak benar sebaliknya hanya salah faham.

Menurutnya, salah faham itu timbul apabila ada pihak curiga dengan kehadiran kereta bercermin gelap di kawasan sebuah rumah yang disyaki digunakan penculik.

"Sebenarnya kereta itu milik seorang lelaki yang datang ke rumah berkenaan untuk menukar peralatan dapur gas.

"Ekoran salah faham itu, pemilik akaun Facebook yang menularkan berita itu telah tampil meminta maaf dan menafikan tentang kejadian terbabit," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Azhar berkata, polis memandang serius berkenaan penyebaran sesuatu berita yang tidak benar termasuk berkaitan kes cubaan culik ini.

"Perbuatan itu suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

"Pihak terlibat juga boleh disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan kepada awam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan dan kebenaran sesuatu berita sebelum dikongsi di platform media sosial.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!