Lelaki Thailand beli motosikal guna duit syiling

Kakitangan kedia motosikal di wilayah Chon Buri mengira duit syiling pelanggan membeli motosikal. - Agensi
Kakitangan kedia motosikal di wilayah Chon Buri mengira duit syiling pelanggan membeli motosikal. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Pekerja di sebuah kedai menjual motosikal di wilayah Chon Buri di Timur Thailand terkejut apabila seorang pelanggannya membeli sebuah skuter baharu dengan duit syiling berjumlah 102,500 baht (RM12,000).

Portal Thaiger melaporkan kedai Akhom Charoen Honda Motorcycles Chon Buri menyiarkan gambar kakitangannya mengira syiling yang dimuat naik dalam Facebook mereka.

"Teka berapa banyak duit syiling. Pelanggan memberitahu saya dia menyimpan duit setiap hari untuk membeli Honda PCX 160 secara tunai! Terbaik dan kami seronok mengiranya," menurut ciapan di Facebook.

Seorang kakitangan di kedai, Suwanna berkata, seorang pelanggan menelefon mereka dan bertanyakan sama ada dia boleh membayar dengan duit syiling.

Tambahnya, selepas berkata 'ya' pelanggan itu masuk ke dalam kedai dan memilih model Honda PCX 160.

"Kami mengambil masa 20 minit untuk mengira dua kotak yang penuh dengan duit syiling kerana pelanggan telah mengasingkan ke dalam setiap beg plastik berjumlah 100 baht (RM12).

"Sebelum ini pelanggan itu telah membayar wang pendahuluan 1,500 baht (RM181) dengan duit syiling," katanya.

Tambahnya, pihak kedai menerima semua pelanggan dan kakitangan seronok mengira semua duit itu dan tiada caj tambahan dikenakan kepada pembeli itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!