14 acara warnai KARiSMA 2022

Kontinjen UiTM Shah Alam bergambar sempena majlis penyerahan bendera KARiSMA 2022 pada Rabu.
Kontinjen UiTM Shah Alam bergambar sempena majlis penyerahan bendera KARiSMA 2022 pada Rabu.
A
A
A

KARNIVAL Sukan Mahasiswa (KARiSMA) kembali dianjurkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, bermula 28 September hingga 5 Oktober ini, selepas kali terakhir diadakan pada 2019.

Pegawai Sukan Kanan Pusat Sukan UiTM, Shahrin Ismail, kejohanan anjuran Pusat Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertujuan memberikan impak kepada matlamat program universiti dalam menyokong 'sustainable development goal' iaitu 'good health and wellbeing.'

“Ini juga secara tidak langsung merupakan usaha berterusan UiTM mempromosikan gaya hidup sihat dan sejahtera melalui penganjuran program sukan kepada warga kampus.

“KARiSMA juga bertujuan bakat-bakat baharu untuk mewakili UiTM ke kejohanan universiti peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya pada Rabu.

Edisi ke-27 itu akan membabitkan penyertaan kira kira 3,040 atlet, pegawai serta sukarelawan dari 14 kampus UiTM di seluruh negara.

Untuk rekod, 14 acara dipertandingkan iaitu bola sepak, bola baling, bola jaring, ping pong, boling padang, bola tampar, catur, badminton, sepak takraw, petanque, tenis, futsal, bola keranjang dan hoki dalam dewan.

Majlis perasmian KARiSMA dijadual disempurnakan Naib Canselor UiTM, Professor Datuk Ts Dr Roziah Mohd Janor di Stadium Hoki UiTM Shah Alam, pada Sabtu ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!