Tujuh wanita jatuh lubang susulan turapan konkrit retak

Orang ramai menyelamatkan seorang perempuan yang terjatuh ke dalam lubang di Alagoinhas baru-baru ini. - Foto TikTok
Orang ramai menyelamatkan seorang perempuan yang terjatuh ke dalam lubang di Alagoinhas baru-baru ini. - Foto TikTok
A
A
A

ALAGOINHAS - Seramai tujuh wanita menari bernasib baik kerana mereka hanya mengalami luka-luka kecil selepas terjatuh ke dalam lubang di halaman belakang rumah di bandar Alagoinhas di timur laut Brazil baru-baru ini.

Rakaman kemalangan yang menakutkan itu menunjukkan wanita-wanita tersebut membentuk bulatan kecil dengan tangan dilingkarkan antara satu sama lain ketika mereka menari mengikut lagu pada majlis hari lahir pada Sabtu.

Bagaimanapun, turapan konkrit tiba-tiba retak menyebabkan mereka terjatuh ke dalam lubang.

Satu rakaman video berasingan menunjukkan beberapa orang lelaki di parti itu membantu mangsa-mangsa keluar dari lubang tersebut.

Salah seorang wanita yang terjatuh ke dalam lubang itu menunjukkan badannya penuh dengan serpihan konkrit.

Kemalangan itu tidak melemahkan mood mereka kerana para penari membersihkan diri, menukar pakaian dan berkumpul untuk bergambar serta meneruskan pesta hari lahir.

Turapan yang retak itu kemudian ditutup bagi memastikan kawasan itu cukup selamat untuk sambutan parti lain. - Agensi



Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!