Hudson-Odoi tekad jadi watak utama Bayer Leverkusen

Hudson-Odoi tekad memberikan aksi terbaik buat Bayer Leverkusen dalam saingan Bundesliga. - Foto Agensi.
Hudson-Odoi tekad memberikan aksi terbaik buat Bayer Leverkusen dalam saingan Bundesliga. - Foto Agensi.
A
A
A

PEMAIN muda, Callum Hudson-Odoi melalui hari yang menggembirakan di Jerman setelah menyertai Bayer Leverkusen sebagai pemain pinjaman beraksi dalam kancah Bundesliga.

Pemain berusia 21 tahun itu dapat membina semula keyakinannya selepas diberikan peranan baharu sebagai nombor 10.

Pemain dari England itu bergelut ketika Chelsea di bawah era Thomas Tuchel yang menyaksikan adakalanya dia diletakkan sebagai pertahanan sayap.

Begitupun, pemain sayap itu telah terlibat dalam tiga aksi dan mencipta satu umpanan gol sejak ke Bundesliga bagi mencari minit permainan, lapor Sky Sports.

“Saya sedang membina rentak kecergasan yang sukar didapati dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Hudson-Odoi komited untuk memberikan yang terbaik dan mahu menjadi watak utama buat pasukan.

“Saya menikmati setiap detik di sini. Saya bukan sahaja ingin menjaringkan gol dan mencipta peluang gol, malah mahu menjadi watak utama untuk membantu pasukan.

“Saya sedang menikmati permainan jadi ini satu tindakan yang tepat untuk ke mari,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!