Perkeso sasar 300 ribu carum SKSPS dalam tempoh pemutihan

John Riba Marin
John Riba Marin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan Bulan Pemutihan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) 2.0 bermula 1 Oktober ini sempena Sambutan Hari Perkeso ke-51.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso, John Riba Marin berkata, inisiatif yang akan berlangsung selama sebulan itu bertujuan untuk menggalakkan Orang Bekerja Sendiri (OBS) mencarum dengan Perkeso bagi mendapatkan perlindungan sosial di bawah SKSPS.

"Saya juga meminta kepada mana-mana OBS yang mencarum tahun lepas tetapi tidak lagi memperbaharui caruman berkenaan supaya berbuat demikian untuk memastikan perlindungan dapat diteruskan,” katanya di sini pada Khamis.

John berkata, berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), kegagalan OBS dalam dua sektor berkenaan untuk mendaftar dan mencarum SKSPS merupakan satu kesalahan dan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda RM10,000.00 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"Bulan pemutihan yang dilaksanakan sebelum ini iaitu dari 1 hingga 31 Mei 2022 telah meningkatkan kesedaran OBS dalam dua sektor mandatori tersebut untuk mendaftarkan diri di bawah SKSPS. Namun terdapat ramai yang masih belum mencarum.

"Pendaftaran boleh dibuat sama ada menerusi portal Matrix Perkeso di www.matrix.perkeso.gov.my ataupun boleh hadir ke mana-mana 54 pejabat Perkeso di seluruh negara. Sekiranya masih gagal berbuat demikian, tiada lagi pengecualian akan dipertimbang selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, setakat 27 lepas, seramai 559,474 OBS telah berdaftar dan mencarum SKSPS dengan 322,371 darinya adalah dari dua sektor mandatori tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!