KPDNHEP rampas barangan tiruan bernilai lebih RM500,000

KPDNHEP Kuala Lumpur merampas pelbagai barang tiruan membabitkan minyak wangi, tablet serta aksesori telefon dalam serbuan di empat premis di Kuala Lumpur pada Rabu.
KPDNHEP Kuala Lumpur merampas pelbagai barang tiruan membabitkan minyak wangi, tablet serta aksesori telefon dalam serbuan di empat premis di Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur merampas minyak wangi, tablet dan aksesori telefon tiruan bernilai RM544,579 dalam serbuan di ibu negara, pada Rabu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md Anuar berkata, sebanyak empat premis diserbu dengan tiga tangkapan lelaki warga asing menerusi Ops Jeriji 3.0 kira-kira jam 1.30 petang itu.

Menurutnya, jumlah rampasan adalah sebanyak 24,868 unit melibatkan 13,396 minyak wangi, tablet (408) dan aksesori telefon bimbit (11,064) dengan nilai keseluruhan RM544,579.

"Serbuan mendapati empat premis itu menyimpan untuk tujuan penjualan barangan tiruan secara runcit dan dalam talian.

"Proses pengesahan awal telah dilakukan oleh wakil pemilik cap dagangan dan barangan tersebut disyaki tiruan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, tiga lelaki warga asing yang ditahan dipercayai adalah pekerja kepada pemilik perniagaan yang dijalankan oleh warga tempatan.

Katanya, KPNDHEP Kuala Lumpur telah buka tiga kertas siasatan dan disiasat di bawah seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

"KPDNHEP Kuala Lumpur berharap pengguna supaya sentiasa berhati-hati semasa melakukan pembelian sama ada secara dalam talian atau pun di premis-premis fizikal agar tidak mudah terpedaya dengan taktik penjualan barangan tiruan ini.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan penguatkuasaan yang tegas diharap dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak agar sentiasa mematuhi perundangan termasuk tidak menjual barangan tiruan," tegasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!