Keutamaan Bersih kembalikan ketuanan pengundi

Fann (Bawah, kanan) berucap tentang Pelancaran Laporan Tahunan Bersih 2021 secara dalam talian pada Khamis.
Fann (Bawah, kanan) berucap tentang Pelancaran Laporan Tahunan Bersih 2021 secara dalam talian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Keutamaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah untuk mendesak reformasi institusi yang akan mengembalikan ketuanan pengundi, kata Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann.

Beliau berkata, pendirian Bersih berkenaan reformasi adalah konsisten sebagai contoh pemisahan peranan Pendakwa Raya daripada Peguam Negara, peruntukan pembangunan kawasan (CDF) yang saksama selain mengkritik kerajaan dan ahli politik tanpa mengira parti.

"Apa yang kita saksikan adalah Langkah Sheraton telah mengetepikan mandat pengundi dan rakyat.

"Pensejajaran parti politik dan pelompatan wakil-wakil rakyat yang 'melompat' menyebabkan tumbangnya enam kerajaan negeri serta kejatuhan kerajaan dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos 2021, menggariskan keperluan mendesak kepada reformasi institusi.

"Reformasi institusi itu mengembalikan kestabilan politik dan memperkasakan akauntabiliti ahli politik kepada rakyat," katanya ketika berucap tentang Pelancaran Laporan Tahunan Bersih 2021 secara dalam talian pada Khamis.

Beliau turut beriltizam untuk kekal neutral dan berprinsip dalam mengemudi landskap politik yang dinamik di mana sedang dihadapi buat masa ini.

Dalam pada itu, beliau ingin menekankan beberapa pencapaian reformasi pilihan raya dan institusi yang utama pada tahun lalu antaranya Pembatalan Darurat, Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA), Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MOU) bersama Pakatan dan pelaksanaan Peruntukan CDF yang saksama dalam MOU.

Menurutnya untuk membaca Laporan Tahunan 2021 secara penuh boleh muat turun melalui laman web Bersih menerusi www.bersih.org.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!