733 rumah dhuafa dibina di Kelantan
TUMPAT - Kerajaan Kelantan sudah membina sebanyak 733 rumah dhuafa untuk golongan asnaf sejak 2017 hingga Ogos tahun ini melibatkan kos RM31.3 juta.
Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebanyak 71 rumah dibina pada tahun 2017 dan 317 pada tahun 2020.
Beliau berkata, sebanyak 80 kediaman itu dibina pada tahun 2018, 2019 dan 2021.
"Program rumah dhuafa membuktikan kerajaan negeri menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada golongan asnaf di negeri ini," katanya selepas Majlis Penyerahan Rumah Dhuafa kepada Rahimah Salleh di Kampung Kutan, Wakaf Bharu di sini pada Khamis.
Menurut beliau, setakat Ogos tahun ini sebanyak 105 rumah dibina melibatkan kos lebih RM5.5 juta," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!