Remaja lemas di kunci air ketika cuba ambil bola

Mayat mangsa dibawa naik oleh anggota bomba dalam kejadian di kunci air berhampiran Jalan Bukit Lanchong, Kampung Bukit Lanchong di sini pada Jumaat.
Mayat mangsa dibawa naik oleh anggota bomba dalam kejadian di kunci air berhampiran Jalan Bukit Lanchong, Kampung Bukit Lanchong di sini pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang remaja ditemukan lemas selepas terjatuh ketika mengambil bola dalam kejadian di kunci air berhampiran Jalan Bukit Lanchong, Kampung Bukit Lanchong di sini pada Jumaat.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kehilangan mangsa yang berumur 13 tahun itu pada jam 4.56 petang, Khamis.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 5.29 petang.

"Kejadian melibatkan seorang remaja lelaki dipercayai terjatuh dalam kunci air ketika cuba mengambil bola dan telah dibawa arus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pencarian yang dijalankan melibatkan kawasan terakhir mangsa dilihat.

"Pencarian yang memasuki hari kedua menggunakan dua buah bot di sekitar lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya ditemui terapung pada jam 8.21 pagi, kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!