Shell lancar rangkaian Rimula Light Duty
SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan rangkaian baharu minyak pelincir enjin Shell Rimula untuk pikap dan trak ringan.
Rangkaian Shell Rimula Light Duty baharu terdiri daripada Shell Rimula Light Duty LD4 15W-40 (API CI-4) dan LD5 10W-40 (API CK-4) Synthetic Technology.
Minyak pelincir ini dirumus khas untuk memastikan prestasi yang optimum untuk trak yang beroperasi dalam keadaan berhenti-mula dan melahu (berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan) dengan kerap serta membawa pelbagai beban yang berat. Shell Rimula Light Duty LD4 berasaskan minyak mineral dicipta untuk memenuhi keperluan trak ringan yang menjadi kenderaan pengangkut utama bagi hampir semua jenis perniagaan komersil.
Shell Rimula Light Duty LD5 sintetik pula sesuai untuk pikap dan trak 4x4 yang lain. Kedua-dua pelincir ini terdapat di bengkel-bengkel yang terpilih, kedai alat ganti dan stesen minyak Shell. Shell Rimula Light Duty LD4 dan LD5 disediakan dalam bekas 7.5 liter, sesuai untuk sekali pertukaran minyak tanpa memerlukan pelincir tambahan, sekali gus menawarkan kemudahan dan penjimatan kepada pemilik trak.
Harga runcit yang disyorkan bagi Shell Rimula Light Duty LD4 ialah RM120 di Semenanjung Malaysia dan RM121.50 di Sabah dan Sarawak. Sementara itu, harga Shell Rimula Light Duty LD5 pula ialah RM195 (Semenanjung Malaysia) dan RM196.50 (Sabah dan Sarawak).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!