Tiga pengadil wanita warnai Piala Dunia Qatar

Pengadil wanita yang bakal mewarnai Piala Dunia 2022 di Qatar pada November (dari kanan) Stephanie, Salima dan Yoshimi. Foto Agensi
Pengadil wanita yang bakal mewarnai Piala Dunia 2022 di Qatar pada November (dari kanan) Stephanie, Salima dan Yoshimi. Foto Agensi
A
A
A

PENGLIBATAN tiga pengadil wanita dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar November ini memberi petanda baik buat sukan dan negara Arab.

Tiga pegawai perlawanan itu ialah Stephanie Frappart dari Perancis, pengadil dari Rwanda, Salima Mukansanga dan Yoshimi Yamashita dari Jepun.

Stephanie berkata, pemilihan mereka pada sukan terbesar dunia itu adalah petanda positif daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan pihak berkuasa untuk membariskan pengadil wanita di negara berkenaan.

“Saya bukan jurucakap feminis, tetapi jika ini boleh membuat perkara berlaku (positif),” ujar pengadil berusia 38 tahun itu.

Stephanie adalah salah seorang daripada 36 pengadil yang dipilih untuk kejohanan yang berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember depan.

Mengulas pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia biarpun negara itu kerap dikritik mengenai hak asasi manusia dan kedudukan wanita dalam masyarakatnya, Stephanie mengakui bahawa 'sukan sering memainkan peranan'.

“Saya bukan pembuat keputusan tuan rumah Piala Dunia. Pihak berkuasa sudah membuat pilihan mereka.

“Anda sentiasa sedar apabila anda seorang wanita di negara ini. Saya berada di sana tiga hingga empat minggu lalu dan saya diterima dengan baik,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Stephanie melakar banyak tanda aras dalam kerjayanya sebagai pegawai perlawanan dalam arena bola sepak yang diwarnai dengan majoriti para pemain lelaki.

Beliau adalah pengadil wanita pertama yang mengadili Piala Super UEFA lelaki (Ogos 2019), Liga Juara-Juara (Disember 2020) dan di final Piala Perancis (Mei 2022).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!