Lima ditahan terlibat kegiatan edar dadah

Noor Azam (tiga, kiri) menunjukkan syabu yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
Noor Azam (tiga, kiri) menunjukkan syabu yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di Bandar Baru Bangi, Khamis lalu.

Dengan tertangkapnya mereka, polis berjaya menumpaskan satu lagi sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang bergiat aktif di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur sejak setahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita masing-masing berusia antara 34 hingga 44 tahun merupakan pengedar dan pembeli dadah.

Syabu yang dirampas polis.
Syabu yang dirampas polis.

Menurutnya, bertindak atas maklumat awam dan risikan polis pada jam 1 petang, serbuan dilakukan ke atas tiga kereta yang diletakkan di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Bangi.

"Ketika serbuan, urusan pembelian dadah sedang dilakukan dan hasil pemeriksaan polis menemukan dadah disyaki syabu seberat 5.075 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM355,250.

"Dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran Lembah Klang dan punca bekalan dari Johor," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Noor Azam berkata, suspek yang bekerja sebagai juru kimpal, tukang jahit, mekanik, jurujual dan seorang penganggur itu direman enam hari sehingga Rabu ini.

Artikel Berkaitan:

"Salah seorang daripada mereka lima rekod jenayah lampau dan dua daripadanya didapati positif dadah.

Barang kemas dan wang ringgit antara barang yang disita polis.
Barang kemas dan wang ringgit antara barang yang disita polis.

"Dalam serbuan itu, polis turut menyita tiga kereta jenis Nissan Teana, Perodua Kembara dan Honda City, wang tunai RM7,400, pelbagai jenis barang kemas, akaun bank dan keseluruhan jumlah sitaan adalah RM770,400," katanya.

Noor Azam menambah, modus operandi pengedar dadah ini adalah menjadikan tempat awam seperti bangunan kedai untuk melakukan transaksi pengedaran dadah.

"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus bertindak agresif dalam memerangi kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah secara habis-habisan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!