Ibu, anak nyaris jadi mangsa kepala air

Seorang ibu bersama tiga anaknya nyaris menjadi mangsa kepala air ketika sedang berkelah. -Foto JBPM Selangor
Seorang ibu bersama tiga anaknya nyaris menjadi mangsa kepala air ketika sedang berkelah. -Foto JBPM Selangor
A
A
A

GOMBAK - Seorang ibu bersama tiga anaknya nyaris menjadi mangsa fenomena kepala air ketika sedang berkelah di sungai berhampiran Balai Polis Lama Gombak, di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba Selayang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 2.37 petang.

Operasi menyelamat sedang dijalankan pasukan bomba. - Foto JBPM Selangor
Operasi menyelamat sedang dijalankan pasukan bomba. - Foto JBPM Selangor

"Sebuah jentera bersama enam anggota tiba di lokasi kejadian pada jam 3.05 petang.

"Kejadian melibatkan seorang wanita dan tiga kanak-kanak terperangkap di seberang sungai berkeluasan 7.6 meter ketika aktiviti berkelah susulan hujan lebat dan berlaku kepala air di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua mangsa dalam keadaan selamat dan operasi menyelamatkan mangsa sedang dilakukan pasukan penyelamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!