Ibu bapa, masyarakat perlu sokong koperasi sekolah

Kamaruddin (tengah, duduk) bersama para guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seksyen 19, di sini pada Jumaat.
Kamaruddin (tengah, duduk) bersama para guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seksyen 19, di sini pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu bapa dan masyarakat perlu memberikan sokongan padu terhadap koperasi sekolah anak-anak mereka yang dilihat mampu memberi manfaat kepada pelajar berkenaan.

Ahli Lembaga Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Kamarudin Ismail berkata, sinergi antara pihak tersebut termasuk guru dan pelajar sekolah secara tidak langsung boleh menjana keuntungan kepada koperasi sekolah tersebut.

Menurutnya, koperasi sekolah kini mempunyai kiosk dan kafe tersendiri bagi membolehkan pelajar membeli barangan atau makanan dalam kawasan sekolah berbanding di luar.

"Kita perlu lihat dalam konteks koperasi sekolah, yang mana ibu bapa perlu sama-sama membantu untuk menyokong koperasi sekolah, selain pelajar yang mempunyai saham dalam kegiatan tersebut.

"Dengan adanya kiosk dan kafe yang ditubuhkan oleh pihak koperasi, para pelajar dilihat lebih gemar membeli (barangan) di premis tersebut berbanding di luar.

"Oleh itu, ibu bapa perlu terus menyokong aktiviti yang dijalankan oleh koperasi sekolah untuk manfaat bersama,"katanya ketika merasmikan Hari Koperasi SMK Seksyen 19, di sini pada Jumaat.

Acara berkenaan dimeriahkan dengan 30 gerai menjual aneka makanan dan barangan yang disertai oleh 2,600 orang pelajar SMK Seksyen 19, di sini.

Kamarudin berkata, beberapa anugerah turut diberikan kepada para pelajar dan guru yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengendalikan koperasi sekolah tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Sambutan ini tertangguh selama dua tahun kerana pandemik Covid-19, jadi tahun ini kita mulakan kembali yang mana pelajar-pelajar dan guru yang mengendalikan koperasi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!