Pkharuddin dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu

Foto Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
Foto Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Pkharuddin Ghazali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan ke-19, berkuat kuasa 23 September lepas.

Pkharuddin, 59, yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum) menggantikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid yang bersara wajib pada 29 Julai.

Menurut KPM, Pkharuddin telah berkhidmat di pelbagai organisasi kementerian itu dalam tempoh 33 tahun perkhidmatannya, antaranya sebagai Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan dan Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.

"Pkharuddin diyakini dapat menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan meneruskan kesinambungan dalam memacu transformasi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara ke tahap lebih tinggi," menurut KPM dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!