2,007 kes baharu Covid-19, lima kematian
SHAH ALAM - Sebanyak 2,007 kes Covid-19 dicatatkan pada Jumaat menjadikan kumulatifnya adalah 4,840,879.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lima kematian kes Covid-19 direkodkan.
Dalam pada itu, terdapat satu kes kematian di luar fasiliti atau brought In dead (BID) dicatatkan.
Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini berjumlah sebanyak 25,769 dengan 24,713 atau 95.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Sebanyak 1,014 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 42 daripadanya dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU).
Seramai 19 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, manakala 1,407 dicatatkan sembuh.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!