Mohd Yusof belum terima surat rasmi digantung

Mohd Yusof belum memikirkan sama ada akan membuat rayuan ke atas hukuman pengantungan keahlian UMNO yang dikenakan ke atasnya selama enam tahun.
Mohd Yusof belum memikirkan sama ada akan membuat rayuan ke atas hukuman pengantungan keahlian UMNO yang dikenakan ke atasnya selama enam tahun.
A
A
A

ALOR SETAR - Ketua Bahagian UMNO Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail memaklumkan masih belum menerima makluman rasmi bahawa beliau digantung keahlian selama enam tahun oleh Majlis Kerja Tertingggi (MKT) parti pada Jumaat.

Walaubagaimanapun, beliau percaya keputusan penggantungan yang diumumkan itu adalah kesan tindakannya yang kerap mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun dilakukan secara tertutup.

"Sehingga kini tiada makluman rasmi yang dibuat Ibu Pejabat UMNO kepada saya dan saya belum memikirkan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

"Saya hanya dimaklumkan beberapa rakan MKT UMNO melalui panggilan telefon malam tadi," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Yusof menjelaskan agak kesal kerana hukuman ke atasnya dilihat lebih berat berbanding hukuman ke atas bekas Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang lebih banyak memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya memang ada kritik Presiden, tetapi dibuat hanya dalam kumpulan WhatsApp Ketua Bahagian Umno saja, Lokman kritik Perdana Menteri lebih banyak, tetapi hukuman ke atasnya tidak seberat saya.

"Selama ini memang saya dianggap bukan orang Presiden, maka sebab itu, saya kata ini isyarat kepada Perdana Menteri untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera," ujar beliau.

Tambah Mohd Yusof lagi, perkara itu juga adalah isyarat kepada Perdana Menteri sekiranya Dewan Rakyat tidak dibubarkan segera, maka beliau juga akan digantung sepertinya.

Artikel Berkaitan:

"Saya belum fikir sama ada akan merayu atas keputusan ini, tunggu saya bincang dengan dulu dengan Perdana Menteri dan kemudian akan fikir tindakan lanjut," jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!