Arsenal bedil habis Tottenham di London

Partey (kiri) cuba melepasi halangan pemain Tottenham Hotspur, dari Korea Selatan Son Heung-min dalam aksi liga di London. - FOTO AFP
Partey (kiri) cuba melepasi halangan pemain Tottenham Hotspur, dari Korea Selatan Son Heung-min dalam aksi liga di London. - FOTO AFP
A
A
A

ARSENAL membuktikan bahawa kelab London itu serius dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Tottenham Hotspur 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, pada Sabtu.

Tiga mata diraih anak buah Mikel Arteta adalah menerusi gol jaringan Thomas Partey (22), Gabriel Jesus (49) dan Granit Xhaka (67).

Sementara skuad kendalian Antonio Conte berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan penyerang sensasi Tottenham, Harry Kane yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-31’.

Pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Emerson Royal dilayangkan kad merah pada minit ke-62.

Kemenangan itu secara tidak langsung menebus kembali kekalahan musim lalu di Stadium Tottenham Hotspurs yang menyaksikan The Gunners tersingkir dari kelompok empat terbaik liga.

Tiga mata itu juga menyaksikan skuad Arteta mencatatkan tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan musim ini untuk memimpin liga dengan kelebihan empat mata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!