127 terkorban rusuhan penyokong di Indonesia
PERLAWANAN Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang mengundang rusuhan antara penyokong yang mengorbankan 127 nyawa.
Penyokong kedua-dua kelab berkenaan bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur.
Setakat ini dilaporkan angka korban mencecah 127 orang, lapor Ketua Pejabat Kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo.
Pihak berkuasa masih mengenal pasti jumlah mangsa yang cedera.
Pergaduhan tercetus selepas ribuan peminat Arema masuk ke kawasan padang ekoran kekalahan pasukan mereka.
Para pemain Persebaya bergegas meninggalkan padang, tetapi pemain Arema yang masih berada di atas padang turut diserang.
Menurut laporan, kematian didakwa turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut.
Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!