Langkah tegas imigresen tangani Pati

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa akan mengambil segala langkah yang perlu dan tindakan tegas tanpa kompromi untuk menangani pelbagai isu, khususnya isu berkaitan pendatang asing tanpa izin (Pati).

Menerusi penugasan penguatkuasaan sepanjang 1 Januari sehingga Khamis lalu, sebanyak 13,886 operasi telah dijalankan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sepanjang operasi itu, seramai 181,156 individu telah diperiksa.

"Hasil pemeriksaan telah menahan seramai 45,499 Pati dari pelbagai negara.

"Berdasarkan pecahan, Indonesia (15,011 orang), Bangladesh (9,656 orang), Myanmar (4,484 orang), Filipina (3,793 orang), Thailand (3,359 orang) dan selebihnya dari lain-lain negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, imigresen turut menahan 1,323 majikan kerana melindungi pekerja asing tanpa izin telah ditahan dan kebanyakkannya telahpun dituduh di mahkamah.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana pihak atau dalang yang cuba membolosi pintu-pintu masuk negara yang ditadbirkan oleh pegawai-pegawai Imigresen.

Katanya, sepanjang tempoh ini juga, imigresen telah mengambil tindakan dengan melakukan sekatan atau penolakan masuk di pintu masuk negara terhadap 72,361 orang atas masalah pasport, visa, disenaraihitam dan mereka yang dikategorikan sebagai imigran larangan mengikut Sekysen 8(3) Akta Imigresen 1959/63.

Selain itu, sempena Sambutan Hari Imigresen Tahun 2018 yang berlangsung esok, ia akan menjadi antara medium bagi imigresen mengetengahkan usaha bersepadu ini kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:


"Syabas dan tahniah kepada seluruh keluarga besar imigresen atas keberhasilan pelaksanaan tugas yang cemerlang dan berprestasi tinggi.

"Beberapa pengiktirafan telah diterima jabatan sepanjang 2018 antaranya Anugerah Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia, Akreditasi Persijilan Anti-Bribery Management System (ABMS) ISO 37001, Perolehan Markah Pencapaian Outcome Tertinggi Di kalangan Agensi di bawah KDN dan Penarafan lima Bintang di bawah Kategori Agensi Barisan Hadapan melalui Indeks SSR," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!