Haaland, Foden buat United menangis

Haaland (kiri) dan Foden meledak hatrik ketika membantu City membenam United 6-3 dalam saingan EPL. Foto Agensi.
Haaland (kiri) dan Foden meledak hatrik ketika membantu City membenam United 6-3 dalam saingan EPL. Foto Agensi.
A
A
A

PENYERANG berbisa, Manchester City, Erling Haaland dan Phil Foden menjadi pemusnah berbisa ketika The Citizens membelasah Manchester United 6-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Mereka melakar sentuhan cemerlang apabila meledak hatrik dalam aksi yang menemukan jiran setempat berlangsung di Etihad itu.

Haaland juga menjadi pemain pertama EPL meledak hatrik dalam tiga aksi berturut-turut di laman sendiri.

Penyerang dari Norway itu membuka tirai jaringan pada minit ke-34 selepas menanduk masuk hantaran Kevin de Bruyne.

Dia sekali lagi menyudahkan hantaran De Bruyne untuk gol kedua sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-64.

Phil Foden turut melakar hatrik apabila membuka tirai jaringan tuan rumah pada minit kelapan, m-44 dan m-72.

Gol United pula diperoleh menerusi Antony pada minit ke-56 dan dua jaringan Anthony Martial (m-84 dan m-91).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!