Murid kerdil tarik perhatian

Zayan bersama salah seorang gurunya, Rozita Mat Ali.
Zayan bersama salah seorang gurunya, Rozita Mat Ali.
A
A
A

MARANG - Walaupun berstatus OKU dan mempunyai ketinggian kira-kira 80 sentimeter, ia tidak menghalang Mohd Syazwi Zayan Zamri, 7, mengikuti pembelajaran secara normal di sekolah.

Malah murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek itu dikatakan enggan untuk memasuki sekolah pendidikan khas sebaliknya mahu terus kekal bersama rakan-rakan sekelasnya di sekolah berkenaan.

Zayan dilahirkan pada 20 Julai 2012 dikategorikan sebagai OKU fizikal, disarankan untuk memasuki sekolah pendidikan khas namun dia masih berpeluang untuk terus kekal belajar di sekolah itu.

Ini kerana, proses penelitian terakhir bagi menilai perkembangan anak kepada pasangan Zamri Ismail, 44, dan Shazila Che Syafie, 34, itu masih lagi dijalankan sebelum sebarang keputusan dapat diambil.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Tasek, Mohd Adnan Ramli yang mengesahkan perkara itu berkata, Zayan juga tidak pernah dipinggirkan dalam aktiviti dijalankan melibatkan murid seusianya.

Disebabkan saiznya kecil berbanding orang lain, Zayan sering menjadi perhatian.
Disebabkan saiznya kecil berbanding orang lain, Zayan sering menjadi perhatian.

“Malah Zayan juga bertuah kerana sepanjang berada di sekolah, semua guru memberi perhatian kepadanya malah rakan-rakan sekelas juga sentiasa membantu memberi tunjuk ajar," katanya, hari ini.

Murid istimewa yang dilahirkan di Kampung Tebakang itu dilahirkan tidak cukup bulan sehingga terpaksa ditahan di wad selama dua bulan.

Artikel Berkaitan:

Namun selepas itu Zayan membesar tanpa sebarang masalah.

Disebabkan saiznya kecil berbanding rakan sebaya, Zayan sering menjadi perhatian dan keadaan itu membimbangkan kedua ibu bapanya.

Bagi Zamri, dia bimbang akan keselamatan anaknya termasuk layanan dan penerimaan masyarakat namun anak lelakinya perlu belajar berdikari dan menghadapi dunia luar tanpa ibu bapa di sisi.

Beliau juga mengakui sepanjang anak lelakinya berada di sekolah, semua guru memberi perhatian kepada Zayan malah sepupunya turut bersekolah di sekolah sama selalu membantu menjaganya.

"Saya juga berharap anak lelaki saya ini tak mengalami sebarang masalah kesihatan dan dapat membesar dengan sihat macam kanak-kanak lain," katanya yang bekerja sebagai mekanik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!