300kg sampah dikutip di Sungai Balok

Sebanyak 300kg sampah dikutip pada program 'kudah' atau kutip sampah sambil riadah di pinggir muara Sungai Balok.
Sebanyak 300kg sampah dikutip pada program 'kudah' atau kutip sampah sambil riadah di pinggir muara Sungai Balok.
A
A
A

KUANTAN - Botol minuman, plastik dan pakaian antara sampah seberat 300 kilogram (kg) berjaya dikutip pada program Kudah atau Kutip Sampah Sambil Riadah di pinggir muara Sungai Balok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, jumlah sampah yang dikutip sebanyak itu mungkin disebabkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar belum cukup tinggi.

Menurutnya, realiti tersebut terpaksa diakui dan atas alasan tersebut program sedemikian perlu diadakan dari semasa ke semasa di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

"Kesedaran kepada orang awam tentang keperluan menjaga kebersihan perlu diterapkan kepada mereka terutamanya di tempat awam termasuk kawasan yang tercorot dan tersembunyi.

"Alam sekitar perlu dijaga oleh semua pihak seperti program pada hari ini kita pilih kawasan yang dikunjungi para pemancing dan individu yang berkhemah.

"Jadi, kita dapat lihat sampah di pinggir muara Sungai Balok ini tidak diurus dengan baik dan dianggarkan 300kg sampah yang kita telah kutip," katanya ketika pada Isnin.

Program itu dianjurkan Jabatan Alam Sekitar dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama beberapa kilang di Gebeng yang terbabit dengan Balok River Adoption Program (BRAP).

Andansura bagaimanapun berharap program ini dapat diteruskan di tempat beberapa kawasan dan daerah di Pahang.

Artikel Berkaitan:

'Kalau boleh libatkan sekali syarikat korporat dan industri supaya mereka dapat bekerjasama dengan orang awam bagi aktiviti sebegini," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!