Kurang keyakinan punca United kalah besar kepada City

Ten Hag
Ten Hag
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag mengakui kurang keyakinan dalam diri pemain punca pasukannya tewas kepada Manchester City, 3-6 pada Ahad.

Dia nyata kecewa dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya sambil menyifatkan kekalahan itu agak sukar untuk diterima.

“Apabila anda tiada keyakinan di atas padang, anda tidak boleh memenangi perlawanan. Kami menjadi tidak berdisiplin dalam mengikuti peraturan dan kemudian dibelasah, itulah yang berlaku.

Bagi saya ia satu kejutan. Kami tidak memiliki kelebihan, tidak cukup berani mengawal bola dan terdapat ruang untuk bermain yang kami tidak cukup berani untuk gunakan.

“Dalam keadaan ini, saya tidak dapat memikirkan sesuatu yang positif kerana kami membuatkan penyokong kecewa. kami biarkan diri kami kecewa dan ia satu kekecewaan yang amat besar,” katanya.

Pada aksi tersebut penyerang berbisa, City, Erling Haaland dan Phil Foden menjadi pemusnah berbisa ketika The Citizens membelasah Manchester United 6-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Gol United pula diperoleh menerusi Antony pada minit ke-56 dan dua jaringan Anthony Martial (m-84 dan m-91).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!