Zelenskyy enggan ulas desakan Ramzan mahu guna senjata nuklear

Volodymyr Zelenskyy (kanan) diwawancara oleh Katie Jensen (kiri) menerusi pautan video Zoom dari Kyiv dan disiarkan di YouTube pada Isnin. -Foto Arab News
Volodymyr Zelenskyy (kanan) diwawancara oleh Katie Jensen (kiri) menerusi pautan video Zoom dari Kyiv dan disiarkan di YouTube pada Isnin. -Foto Arab News
A
A
A

RIYADH - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan pada Isnin enggan mengulas lanjut tentang cadangan pemimpin Republik Chechnya, Ramzan Kadyrov mahu tentera Rusia menggunakan senjata nuklear gred rendah di negaranya.

Menurutnya, beliau tidak sepatutnya memberikan ulasan terhadap cadangan penggunaan senjata nuklear gred rendah itu kerana ia dibuat seorang pemimpin yang tidak dipilih oleh rakyatnya sendiri.

Zelenskyy berkata, beliau sepatutnya hanya membuat ulasan yang telah dikeluarkan oleh Presiden atau seseorang yang memegang jawatan Perdana Menteri.

"Ini tidak serius. Ayuh. Dalam dunia moden, bagaimanakah seseorang boleh mengancam orang lain dengan senjata nuklear?" soalnya dalam temu bual eksklusif dalam program Frankly Speaking yang dihoskan oleh Katie Jensen menerusi pautan video Zoom dari Kyiv.

Jensen yang merupakan wartawan Australia tetapi kini berkhidmat dengan Arab News.

Pada Sabtu lalu, Ramzan berkata bahawa Moscow perlu mempertimbangkan untuk menggunakan senjata nuklear gred rendah di Ukraine selepas kekalahan besar di medan perang di negara tersebut.

Ketika Rusia mengesahkan kehilangan kubu kuatnya Lyman di timur Ukraine, Ramzan menyelar komander-komander tertinggi tentera negaranya atas kegagalan mereka dan menulis di Telegram: "Pada pendapat peribadi saya, langkah yang lebih drastik harus diambil, sehingga kepada pengisytiharan undang-undang tentera di sempadan kawasan dan penggunaan senjata nuklear gred rendah".

Tentera Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu dan sehingga kini Moscow berjaya menguasai Luhansk, Donetsk, Kherson dan Zaporizhzhia menerusi referendum yang diadakan di empat wilayah tersebut pada bulan lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!