Muat naik kandungan sumbang, pelakon terkenal didakwa esok

Seorang pelakon terkenal tanah air dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang esok. Gambar hiasan.
Seorang pelakon terkenal tanah air dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang esok. Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pelakon terkenal tanah air dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang esok.

Ia dipercayai berkaitan dengan tindakan artis tersebut memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial.

Pendakwaan akan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pelakon yang juga model berusia 36 tahun itu berdepan dengan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!