Lambakan sampah

A
A
A

Pemandangan dari udara menunjukkan sampah sarap bertaburan di kawasan pembuangan sampah di Mengabang Lekor hari ini.

Penduduk di kawasan tersebut ketika ditemui mendakwa kekurangan tong sampah menyebabkan sisa buangan di kawasan tersebut berselerak sehingga memenuhi kawasan jalan yang mempunyai lebih 100 penduduk.

Selain itu, penduduk juga mendakwa pekerja pembersihan hanya mengutip sampah yang berada dalam tong sampah sahaja.

Penduduk juga bimbang mengenai keselamatan mereka berikutan terdapat haiwan seperti khinzir dan biawak berkeliaran di sekitar kawasan sampah untuk mencari makanan.

Justeru, diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan kawasan tersebut bersih dengan membina tempat pengurusan sampan yang lebih baik bagi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Penduduk setempat juga turut disarankan agar menguruskan sampah dengan betul. Ia sekali gus dapat meringankan beban pekerja pembersihan selain dapat mengelakkan sampah bertebaran di merata tempat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Peralihan Monsun Timur Laut

No Image Caption
GALERI

Eraman Mall bebas cukai

No Image Caption
GALERI

Perbarisan Tamat Kursus KPDN

No Image Caption
GALERI

Regatta Lepa Semporna Ke-29