Ahli genetik Sweden menang hadiah Nobel perubatan
Paabo - Foto AFP
A
A
A
Perhimpunan Nobel di Sweden memberi penghormatan kepada Paabo "atas penemuannya mengenai genom hominin yang telah pupus serta evolusi manusia", lapor Agensi Anadolu.
Paabo yang dilahirkan pada 1955, ialah pakar dalam bidang genetik evolusi. Beliau antara pengasas paleogenetik yang mengkaji secara meluas mengenai genom Neanderthal.
Ia Hadiah Nobel pertama yang dianugerahkan tahun ini. Lebih banyak pengumuman akan dibuat sepanjang minggu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!