Remaja tauke ketum diberkas bersama 201kg daun ketum

Seorang remaja yang menjadi tauke ketum sejak dua bulan lalu diberkas dan 201 kilogram (kg) daun ketum.
Seorang remaja yang menjadi tauke ketum sejak dua bulan lalu diberkas dan 201 kilogram (kg) daun ketum.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang remaja yang menjadi tauke ketum sejak dua bulan lalu diberkas dan 201 kilogram (kg) daun ketum dirampas di sebuah rumah di Taman Istimewa di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS menahan remaja berusia 19 tahun itu pada jam 12.30 tengah hari.

"Menerusi serbuan pertama itu pihak polis telah berjaya merampas satu tong plastik mengandungi sebanyak 18 bungkus plastik lut sinar yang berisi cecair disyaki air ketum seberat 9 liter di Kampung Melayu Majidee di sini.

"Hasil soal siasat yang dibuat, pasukan polis membuat satu lagi serbuan di Taman Istimewa dan berjaya merampas tujuh bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi 201kg daun ketum," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, keseluruhan nilai rampasan dalam serbuan tersebut dianggarkan berjumlah RM2,190.

"Remaja ini baru dua bulan menjalankan perniagaan ketum. Daun ketum dibeli dari pembekal di utara tanah air sebelum dia memproses dan menjual sendiri air ketum tersebut," katanya.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap suspek adalah negatif daripada sebarang jenis dadah.

Menurut Raub, hasil semakan rekod lampau juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Artikel Berkaitan:

Suspek berkenaan ujar beliau, akan direman untuk siasatan lanjut dan kKes disiasat dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

IPD JBS memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah boleh menghubungi IPD JBS menerusi talian 07-2182323

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!