Kemalangan bas pekerja: 11 lagi mangsa kritikal

Bas pekerja yang terbabit dalam kemalangan di Jalan S8 Pekeliling di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto Bernama
Bas pekerja yang terbabit dalam kemalangan di Jalan S8 Pekeliling di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Keadaan 11 mangsa yang dimasukkan ke hospital akibat kemalangan bas pekerja jatuh ke dalam longkang besar berhampiran kawasan MASKargo, Sepang malam semalam adalah kritikal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Keadaan 14 mangsa lagi adalah separa kritikal dan lapan (8) kes tidak kritikal, katanya dalam satu kenyataan berhubung insiden itu.

Dalam kejadian kira-kira 11.10 malam itu (Ahad), 11 maut - 10 warga asing dan seorang rakyat tempatan - apabila bas dengan 44 orang itu jatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira empat meter.

Dua daripada kematian itu dilaporkan di hospital manakala sembilan lagi di lokasi kejadian, katanya.

"Mangsa-mangsa kemalangan telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya, Hospital Serdang, Hospital Banting dan Hospital Kajang,” kata Dr Noor Hisham.

Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan Hospital Putrajaya (PKPK) sejurus menerima panggilan pada 11.16 malam telah menyelaraskan pasukan respon di mana Klinik Kesihatan Salak merupakan pasukan pertama yang diaktifkan untuk memberi bantuan ke tempat kejadian, dan diikuti pasukan respon daripada fasiliti berdekatan, katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

11 maut bas terjunam longkang

Tiada kesan brek di lokasi kejadian: Polis

'Suresh sempat datang ke rumah, bertanya khabar'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!