Lafaz ikrar lawan rasuah di hadapan Istana Kehakiman

Program bacaan ikrar dan kempen kesedaran menolak rasuah bersama maskot Keluang Man yang berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya, pada Sabtu.
Program bacaan ikrar dan kempen kesedaran menolak rasuah bersama maskot Keluang Man yang berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya, pada Sabtu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Program Bacaan Ikrar dan Kempen Kesedaran anjuran Rasuah Busters Selangor/ Wilayah Persekutuan di hadapan Istana Kehakiman, di sini, pada Sabtu merupakan simbolik kepada menolak dan menyeru kepada semua untuk 'memusnahkan' perbuatan rasuah.

Pengerusinya, Wan Azliana Wan Adnan berkata, ikrar itu antaranya menyeru kebersamaan semua pihak tidak mengira sesiapa untuk berusaha menjadikan Malaysia bebas rasuah.

"Program pada hari ini (Sabtu), kita mengambil peluang untuk memberi mesej kesedaran kepada orang ramai dan bacaan ikrar bersama barisan exco kita di Istana Kehakiman.

"Sebab kami memilih Istana Kehakiman kerana ia mewakili simbol untuk mendapat keadilan dan sekali gus menyeru kepada penolakan perbuatan jijik rasuah," katanya kepada Rasuah Busters pada Sabtu.

Sementara itu, Yang dipertua Pertubuhan Ikram Kuala Lumpur (Ikram) Zainal Adnan Abdul Halim yang turut hadir pada program berkenaan berkata, isu penolakan rasuah perlu menjadi agenda bersama.

"Kita perlu bersama-sama menjiwai isu ini kerana ia isu yang besar dan serius, kalau kita tidak bersama-sama menanganinya ia boleh membawa kemudaratan bukan sahaja kepada kita tetapi generasi masa depan, malah keseluruhan negara akan hancur jika kita tidak bersama-sama menolak perbuatan itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!