Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Jurujual, pembantu rumah direman bantu siasatan kes dera di JB

04 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 4 OKTOBER 2022

Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia direman bagi membantu siasatan kes budak tiga tahun didera hingga mati di Taman Skudai, Johor Bharu, Johor, pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Zulhisham Isahak.

Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai jurujual kenderaan merupakan suspek utama, manakala wanita warga asing itu pula adalah pembantu rumah yang digajikan lelaki tersebut di kediaman miliknya.

Perintah reman selama seminggu bermula pada Selasa terhadap jurujual dan pembantu rumah berkenaan dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Artikel: https://bit.ly/3STI3SB

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa