'Jangan bimbang wahai Nunez'

Nunez
Nunez
A
A
A

PENCABAR kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menegaskan akan tetap tenang dalam berdepan permulaan perlahan peledak sensasi Darwin Nunez di Anfield.

Malah pengendali Liverpool, Jurgen Klopp tanpa berselindung percaya penyerang Uruguay itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri corak dan gaya permainan liga utama Inggeris tersebut.

Lantaran itu Klopp menasihati Nunez supaya tidak terlalu bimbang mengenai kesukaran menembusi kesebelasan utama The Reds musim ini.

“Sudah tentu Nunez masih memerlukan masa menyesuaikan diri di sini, situasinya tidak berbeza dengan pemain lain sebelum ini yang berdepan situasi sama untuk menyesuaikan diri.

“Satu kelaziman untuk pemain baharu datang dan semua orang bercakap tentang mereka dan mahu bersinar serta-merta. Itu berlaku dari semasa ke semasa, namun kadangkala sebaliknya seperti kes Nunez.

“Kami baru berbincang panjang dengan penterjemah Nunez, Pep Lijnders dan memberitahunya bahawa pasukan benar-benar tenang dan tidak mahu dia terus dibelenggu kebimbangan atau apa sahaja," kata Klopp.

Untuk rekod, Nunez dibeli dari kelab liga Portugal, Benfica dengan harga £66 juta (RM340.68 juta) kerap diketepikan, daripada kesebelasan utama pasukan pilihan merampas kejuaraan liga dari Manchester City, pada beberapa bulan awal bersama The Reds.

Pemain berusia 23 tahun yang memulakan karier bersama kelab Amerika Selatan, Peñarol (2017 hingga 2019) telah menjaringkan dua gol dalam dua penampilan awal ketika The Reds menewaskan Manchester City (Perisai Komuniti) dan seri 2-2 menentang Fulham pada perlawanan pembukaan liga baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!