Hubungan dua hala mampu naikkan nama Selangor

Hee Loy Sian
Hee Loy Sian
A
A
A

SHAH ALAM - Hubungan dua hala dan penganjuran program bersama negara lain mampu menaikkan nama Selangor menjadi antara destinasi pelancongan terkemuka di dunia.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, Selangor juga mempunyai kelebihan akses keluar masuk sehingga berjaya menarik lebih 10.2 juta pengunjung tahun lalu.

Menurut Loy Sian, usaha tersebut akan dipertingkat dengan pelaksanaan pelancongan berasas komuniti selain memastikan produk negeri berdaya saing dan mengikut permintaan semasa.

"Kawasan tersebut termasuk Kuala Kubu Bharu, sawah padi Sekinchan, kelip-kelip Kampung Kuantan, Bandar Diraja Klang, Pusat Warisan Kajang dan perkampungan budaya Mah Meri.

“Selangor terlibat secara aktif dalam program ini kerana ia dapat memastikan pemain utama industri pelancongan dan komuniti saling menyokong antara satu sama lain,” kata Loy Sian kepada Sinar Harian pada Selasa.

Program Hos Komuniti Setempat yang dianjurkan Tourism Selangor bermula sejak 2018 bertujuan melahirkan pemandu pelancong setempat untuk mengenal pasti dan menggerakkan pelancongan budaya.

Dalam pada itu, Loy Sian berkata, lawatan berasas komuniti di Bangkok baru-baru ini juga bagi memperbaharui industri pelancongan negeri dan menambah baik lokasi tumpuan ikonik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!