[VIDEO] Bayangan bubar Parlimen sangat hampir
KUALA LUMPUR - Ketua-ketua Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO diberi bayangan bahawa tarikh pembubaran Parlimen yang akan dibuat dalam masa terdekat.
Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Seri Rizalman Mokhtar berkata, perkara itu merupakan antara intipati Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diadakan secara tertutup pada Selasa.
"Bayangan tarikh pembubaran very soon "(Perjumpaan) lebih kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Dah ada persetujuan untuk adakan pilihan raya dalam waktu terdekat," katanya ringkas kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas berkata, antara lain Ismail Sabri turut memberi ingatan kepada kepimpinan UMNO agar tidak 'tembak kaki' sesama sendiri.
"Kita nak pilihan raya, maknanya solidariti kena kuat antara kita," katanya.
Perjumpaan bermula jam 3 petang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu berlangsung selama sejam dan dihadiri 191 bahagian UMNO.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!