1MDB: UMNO Pulau Pinang buat laporan SPRM terhadap 250 penama

Shaikh Hussein (duduk dua dari kiri) pada sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.
Shaikh Hussein (duduk dua dari kiri) pada sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO Pulau Pinang akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan 250 penama yang didakwa menerima wang lebih RM700 juta bersumberkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin berkata, laporan kepada SPRM itu akan dibuat di Putrajaya pada jam 11 pagi.

“Sebahagian besar daripada penama-penama tersebut tidak disiasat dan tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun terdapat jejak wang dan bukti-bukti jelas yang menunjukkan mereka menerima dana 1MDB.

“Ini merupakan suatu tindakan yang berat sebelah dan tidak adil oleh pihak berkuasa ketika itu,” dakwanya pada sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.

Shaikh Hussein turut menggesa satu siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenalpasti sama ada tindakan berat sebelah berkenaan hasil campur tangan atau arahan daripada pemimpin-pemimpin berkepentingan tertentu dari kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Kami juga ingin suatu siasatan dijalankan untuk mengenalpasti siapa atau jabatan mana yang memberi arahan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penama-penama tersebut,” katanya.

Beliau juga meminta agar penama-penama berkenaan dipanggil dan disiasat dengan segera serta diambil tindakan setimpal.

“Dan diperlakukan sama rata sepertimana tindakan-tindakan telah diambil ke atas mereka yang telah menerima dana 1MDB semasa PH berkuasa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!