Cakna keperluan rakyat

A
A
A

No Image Caption

Bajet 2022 diakui beri keutamaan kepada kebajikan Keluarga Malaysia

SHAH ALAM - Walaupun negara mungkin berdepan cabaran ekonomi pada tahun depan, namun tahun 2022 boleh dikatakan satu masa di mana rakyat Malaysia dilindungi dan dijaga dengan baik oleh kerajaan melalui pelbagai inisiatif di bawah Bajet 2022.

Pada masa krisis ekonomi melanda dunia akibat pandemik dan juga konflik di Ukraine, kadar inflasi telah naik di kebanyakan negara dan Malaysia tidak terkecuali. Ini menjadikan 2022 sebagai tahun yang sangat mencabar bagi rakyat Malaysia yang masih dalam pemulihan pasca pandemik Covid-19.

Walaupun begitu, bantuan menerusi Bajet 2022 kepada hampir semua segmen populasi dan perniagaan, golongan pelajar, warga emas, anggota keselamatan, veteran, ibu dan bapa tunggal membuktikan tiada yang dipinggirkan oleh kerajaan.

No Image Caption

Pelbagai bantuan disalurkan antaranya, Bantuan Tunai BKM, Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Anggota Keselamatan/Veteran ATM dan Bantuan Mahasiswa.

REAKSI

Artikel Berkaitan:

MOHD HANAFIAH
MOHD HANAFIAH



“BKM adalah usaha murni yang dilakukan kerajaan sebagai tanda memahami kesukaran rakyat. Saya harap ia diteruskan dalam Bajet 2023 dan diperluaskan kategori agar lebih ramai dapat manfaat.” Pesara, Mohd Hanafiah Ismail, 60.

“Bantuan ini membantu warga emas seperti saya. Bayaran secara berperingkat juga adalah langkah yang baik. Rakyat boleh menggunakannya secara berhemah dan boleh merancang kewangan keluarga.” Suri rumah, Mesna Sakban, 60.

NOR HIDAYAH
NOR HIDAYAH



“Bantuan tunai ini memang wajar. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, saya melihat bantuan ini dapat meringankan beban rakyat serta menampung sedikit sebanyak keperluan harian.” Penjawat awam, Nor Hidayah Ahmad Shafie, 27.

“Sebagai ibu yang ada tiga anak yang masih bersekolah, belanja memang agak besar setiap kali penggal persekolahan baharu bermula. Terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa cakna dengan keperluan kami.” Suri rumah, Noor Aida Mariani Shaari, 35.

ABDUL RASYID
ABDUL RASYID



“Perbelanjaan persekolahan anak memang sangat besar, bagi yang ramai anak, kosnya akan menjadi berganda. Jadi, bantuan persekolahan yang diberikan kerajaan memang membantu.” Juruteknik, Abdul Rasyid Yusof, 37.

“Saya melihat kerajaan mengambil langkah ke depan dan memahami permasalahan rakyat. Bantuan awal persekolahan walaupun kadarnya RM150, tapi ia sangat besar ertinya.” Perunding Kewangan, Tuan Norsolehah Tuan Abu Bakar, 24.

DATUK SHAHRUDDIN OMAR
DATUK SHAHRUDDIN OMAR



“Veteran ATM juga dilayan dengan baik melalui Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM350. Kita harapkan selepas ini, isu-isu yang melibatkan ekonomi golongan kita dapat diperhalusi oleh kementerian.” Presiden Persatuan Veteran ATM, Datuk Sharuddin Omar.

“Kami mengalu-alukan peruntukan kepada pegawai dan anggota polis untuk mendapatkan kursus kemahiran di luar negara atau peringkat pengajian yang lebih tinggi bagi memantapkan PDRM.” Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), Datuk Meor Chek Hussein Mahayuddi.

“Kerajaan memahami keperluan mahasiswa dengan pelaksanaan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk B40. Tablet ini memang satu keperluan untuk kami menyiapkan tugasan.” Mahasiswa, Keexuepi, 21.

PUVENTHAN
PUVENTHAN



“Bantuan RM150 kepada mahasiswa dan belia berusia 18 hingga 20 tahun melalui akaun e-dompet sangat membantu. Kami boleh membeli barang keperluan melalui skim transaksi dengan mudah.” Mahasiswa, Puventhan Tangamani, 21.

INFO

Bantuan menerusi Bajet 2022

- BKM memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion.

- Peruntukan RM450 juta bagi melaksanakan bantuan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

- Bantuan Awal Persekolahan sebanyak 150 ringgit dengan peruntukan RM450 juta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!