Kapal canggih USS Gerald R Ford mulakan tugas
Ia akan digunakan sepenuhnya selepas mengalami masalah dengan peralatan teknologi canggih yang terdapat pada kapal tersebut sebelum ini.
Kos bagi membina USS Gerald R Ford adalah lebih daripada AS$13 bilion (RM60.31 bilion).
Tentera Laut AS akan bekerjasama dengan negara-negara seperti Kanada, Perancis dan Jerman dalam latihan mengenai pertahanan udara, peperangan anti-kapal selam dan operasi amfibia selepas ia digunakan sepenuhnya di Lautan Atlantik.
Satu rakaman video di laman Facebook Tentera Laut AS menunjukkan bot tunda mengalihkan kapal yang dicat kelabu itu dari jeti Pangkalan Tentera Laut Norfolk di Virginia.
Panjang kepal itu lebih daripada 335 meter dan direka untuk membawa senjata tenaga futuristik yang masih dalam pembangunan.
Ia boleh belayar pada kelajuan lebih daripada 54 kilometer sejam.
Sebelum ini, penggunaan USS Gerald R Ford terpaksa ditangguhkan lebih daripada setahun ekoran teknologi canggih pada kapal tersebut menghadapi masalah. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!