Raja Salman rasmi Sidang Kemuncak GCC ke-39

Raja Salman Abdulaziz Al-Saud merasmikan Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-39 hari ini.
Raja Salman Abdulaziz Al-Saud merasmikan Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-39 hari ini.
A
A
A

RIYADH - ARAB SAUDI. Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud merasmikan Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-39 hari ini.

Sidang kemuncak ini berlangsung sehari bagi membincangkan isu melibatkan negara-negara Teluk yang terdiri daripada Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman,Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam ucapan perasmiannya, Raja Salman berkata, matlamat sidang kemuncak ialah untuk meningkatkan keselamatan, keamanan dan pembangunan negara-negara Teluk dan rakyatnya.

Raja Salman juga menekankan tentang kepentingan setiap negara anggota mengekalkan perpaduan.

Sementara itu, baginda menempelak rejim Iran yang didakwa berterusan mengamalkan keganasan dan menggugat kestabilan di rantau tersebut.

“Rantau ini berdepan cabaran dan ancaman. Puak ekstremis dan pengganas berterusan menggugat keselamatan Teluk dan rantau Arab.

"Rejim Iran telah mengganggu hal ehwal dalaman negara-negara lain. Ini memerlukan kita semua bekerjasama menjaga keselamatan dan kestabilan di rantau ini dan dunia amnya," kata baginda.

Baginda turut menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah sewajarnya untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel.

Raja Salman juga menzahirkan sokongan agar penyelesaian politik digunakan bagi mendepani krisis di Yaman.

Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN : Sidang kemuncak GCC ke-39 bermula hari ini]

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!