RUU Perbekalan 2023 dibentang bacaan kali pertama

 Mohd Shahar - Foto Bernama
Mohd Shahar - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR, - Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu.

Rang undang-undang berkenaan dibentang Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah di hadapan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Rang undang-undang itu adalah bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan kerajaan pada 2023.

Mohd Shahar berkata, rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada jam 4 petang, Jumaat ini.

Ia dijangka dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Bernama
Artikel Berkaitan:


Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!