Hormatlah isteri mu Ahya: pesan Normah Damanhuri
Ketika berucap sewaktu Ahya dan Shahirah duduk bersanding di pelamin, Normah dilihat sebak dan menitiskan air mata.
"Selamat menjadi suami kepada Shahirah, pilihan hati. Anakanda kesayangan mama sudah banyak mama berceloteh dan bermadah, dan berpesan.
"Sudah 32 tahun boy berada dalam dakapan mama, hari ini adalah hari bahagia kamu berdua.
"Mama doakan kalian duduklah baik-baik dan saling mempercayai, berkongsi apa sahaja yang ada, hormat antara satu sama lain.
"Untuk itu hormatlah isteri mu kerana dia adalah teman. Anak soleh dan buah hati mama pelihara lah Shahirah dengan penuh kasih sayang," luahnya sambil mengesat air mata.
Sementara itu, aktres Misteri Wan Paeh ini turut berpesan kepada menantunya.
"Syahirah menantu mama jadikan lah boy rakan yang setia, sabarlah dengan setiap kekurangannya.
"Jadilah pelengkap diantara satu sama lain, itu pesan mama Shahirah," luah Normah lagi.
Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan pada petang 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian.
Kemudian melangsungkan majlis resepsi yang dihadiri rata-rata ahli keluarga dan rakan rapat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!